Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemarau diisytiharkan di England

    LONDON, 12 OGOS – Kerajaan UK hari ini mengisytiharkan kemarau di beberapa kawasan England, berikutan turunan hujan yang amat rendah selama beberapa bulan dan suhu melampau dalam beberapa minggu ini.

    Pada mesyuarat Kumpulan Kemarau Negara, Agensi Alam Sekitar kerajaan berkata ‘nilai ambang yang dicetuskan kemarau telah dicatat’ di kawasan barat daya, selatan, tengah dan timur England.

    Kemarau kali terakhir diisytiharkan di England pada 2018.

    Agensi Alam Sekitar pada hari ini menerbitkan satu laporan berkata England pada keseluruhannya mencatat bulan paling kering pada Julai sejak 1935.

    Cuaca luar biasa itu berlaku ketika Perancis juga mengalami kemarau melampau dan bergelut dengan kebakaran hutan. – AFP

    Orang berjalan di kawasan tanah merekah di Takungan Baitings di Ripponden, Yorkshire Barat, Britain kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda