Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemarau melonjakkan harga borong beras Thailand

    BANGKOK, 14 OGOS – Kemarau telah menaikkan harga borong beras Thailand tahun ini. Sehingga 4 Ogos, harga beras jasmine berkisar antara 14,500 hingga 16,000 baht setiap tan, menurut Kementerian Perdagangan. Beras pulut berkisar antara 13,500 hingga 14,700 baht setiap tan dan beras wangi Pathum Thani antara 12,000 hingga 13,000 baht setiap tan.

    Bagaimanapun, Jabatan Perdagangan Dalam Negeri melaporkan bahawa harga runcit kekal stabil. Tahun ini, harga purata jasmine dan beras putih masing-masing ialah 210 baht dan 118 baht setiap beg, berbanding 209 baht dan 119 baht setiap beg tahun lalu.

    Jabatan Beras menjangkakan pengeluaran padi tahun ini ialah 32.35 juta tan metrik, turun 5.6 peratus daripada 34.3 juta tan metrik tahun lepas, disebabkan kemarau.

    Presiden Persatuan Pengeksport Beras Thai, Charoen Laothammatas berkata tahun ini boleh menjadi tahun yang baik untuk petani kerana harga padi telah meningkat dengan mendadak.

    Harga global beras putih melonjak selepas India mengharamkan eksport beras, katanya, sambil menambah masih tidak jelas berapa lama larangan eksport itu akan berkuat kuasa. – ANN/The Nation

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda