Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemas kini keadaan cuaca Brunei

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Negara Brunei Darussalam akan mengalami Monsun Barat Daya pada sekitar awal bulan Jun depan di mana aliran angin pada amnya akan bertiup dari arah barat daya.

    Jabatan Kaji Cuaca Negara Brunei Darussalam dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, mengatakan lazimnya pada musim ini, keadaan atmosfera adalah agak stabil dengan jumlah turunan hujan sedikit berkurangan berbanding semasa musim monsun peralihan (dalam dua bulan lepas).

    Monsun Barat Daya ini biasanya akan berterusan sehingga akhir bulan September dan semasa kemuncak monsun (sekitar bulan Ogos) negara cenderung mengalami keadaan berjerebu akibat cuaca kering di rantau Asia Tenggara.

    Musim ini juga menandakan musim kejadian sistem siklon yang aktif seperti ribut tropika dan taufan di kawasan rantau Barat Daya Pasifik dan Laut China Selatan. Jika ini berlaku, negara berpotensi mengalami keadaan ribut petir berserta angin kencang tertakluk kepada jarak lokasi sistem tersebut dari kawasan negara.

    Menurut jabatan itu lagi, pihak jabatan akan memantau keadaan cuaca dan iklim dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu. Bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini, orang ramai bolehlah menghubungi pegawai peramal kaji cuaca yang bertugas di Pejabat Ramalan Cuaca, melalui talian cuaca 114 atau melayari laman sesawang www.met.gov.nm atau mengikuti laman sosial Facebook dan Instagram bruneiweather dan aplikasi mudah alih Brunei WX.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda