Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemas kini pengambilan kad pengenalan bermula 17 Julai ini

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Kaunter-kaunter perkhidmatan pendaftaran dan pengambilan kad pengenalan kuning, ungu dan hijau yang pada masa ini beroperasi di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong akan dipindah semula ke Bahagian Kad Pengenalan, Pejabat Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, cawangan Daerah Tutong.

    Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan bahawa pemindahan semula itu akan bermula pada 17 Julai.

    Manakala itu, kaunter-kaunter pendaftaran bagi kad pengenalan hijau yang ditempatkan di Dewan Pengiran Lela Cheteria, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Daerah Brunei dan Muara dan kaunter-kaunter perkhidmatan pendaftaran dan pengambilan kad pengenalan kuning, ungu dan hijau di Lantai Bawah, Pejabat Cawangan Pendaftaran Kebangsaan Kuala Belait masih dikekalkan.

    Sehubungan itu, untuk sebarang maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan bolehlah menghantar e-mel kepada info@immigration.gov.bn atau menghubungi talian 4221251 semasa waktu bekerja.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda