Wednesday, October 9, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian akibat denggi di Bangladesh hampir cecah 100 orang

    DHAKA, 8 SEPT – Angka kematian akibat demam denggi di Bangladesh setakat tahun ini menghampiri 100 orang, menurut statistik rasmi.

    Kerajaan Bangladesh kelmarin mengesahkan tiga lagi kematian akibat demam denggi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu sejak Januari kepada 95 orang.

    Menurut Kementerian Kesihatan, kematian tersebut termasuk 12 pada September, 27 pada Ogos, 12 pada bulan Julai dan lapan pada Jun.

    Dari 1 September hingga 7 September, sebanyak 2,366 lagi kes denggi direkodkan selepas 6,521 orang dijangkiti bulan lepas. Sebanyak 403 kes denggi baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam hingga jam 8 pagi waktu tempatan kelmarin, menurut data tersebut.

    Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal Januari mencapai 15,207 kes.

    Tempoh monsun dari Jun hingga September ialah musim demam denggi di Bangladesh, yang dianggap sebagai negara berisiko tinggi terdedah kepada penyakit bawaan nyamuk ini. – Xinhua

    Pesakit yang dijangkiti denggi menerima rawatan di sebuah hospital di Dhaka, Bangladesh, pada 29 Julai. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda