Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kematian anak KPD Lahad Datu akibat tembakan di dada

    LAHAD DATU, 17 APRIL – Punca kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik di rumahnya di Taman Tabanak di sini semalam adalah disebabkan tembakan di bahagian dada kanan.

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais ketika dihubungi Bernama berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Lahad Datu hari ini mendapati hanya ada satu kesan tembakan pada tubuh mangsa.

    Beliau berkata polis telah memanggil tiga saksi untuk diambil keterangan.

    Polis turut merampas sepucuk pistol jenis Walther P99 yang dikaitkan dengan insiden itu.
    Shahurinain juga berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut.

    Bagaimanapun, siasatan menyeluruh termasuk dari sudut prosedur operasi standard bagi kawalan dan pengendalian senjata api masih dijalankan.

    Jenazah anak bongsu daripada empat beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis di sini pada 5:30 petang tadi. – Bernama

    Isteri KPD Lahad Datu, Noor Zainain Md Durun tidak dapat menahan sebak melihat pusara anaknya, Nur Arisya Zafrina Dzulbaharin selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Khamis kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...