BEIJING, 26 JAN – Jumlah kematian harian COVID-19 di China telah menurun hampir 80 peratus sejak awal bulan, kata pihak berkuasa.
Gelombang kes virus telah melanda negara paling ramai penduduk di dunia itu sejak Beijing secara tiba-tiba menamatkan dasar sifar-COVID bulan lalu.
Angka kematian yang dilaporkan Beijing dipercayai hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah sebenar, memandangkan China mengubah definisi mengenai kematian COVID dan anggaran rasmi sebahagian besar penduduk telah dijangkiti.
CDC minggu lalu berkata hampir 13,000 orang telah meninggal dunia akibat penyakit berkaitan COVID antara 13 dan 19 Januari, menambah pengumuman sebelumnya sekitar 60,000 orang meninggal dunia akibat virus itu di hospital dalam masa lebih sebulan. – AFP