TEHRAN, 30 APRIL – Kementerian Kesihatan Iran hari ini mengatakan angka kematian terbaharu di negara itu adalah 71 orang, membawa jumlah kematian keseluruhan akibat koronavirus melepasi aras 6,000 orang.
“Jumlah kematian akibat jangkitan ini melepasi angka 6,000 orang hari ini,” jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour menjelaskan dalam taklimat ha-rian jangkitan itu.
“Sejumlah 71 orang rakan senegara kita meninggal dunia dalam masa 24 jam lalu,membawa jumlah keseluruhan 6,028 kematian setakat ini,” tambahnya
Manakala kes baharu jangkitan adalah 983 orang, membawa jumlah keseluruhan kepada 94,640 orang. – AFP