Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian COVID seluruh dunia melonjak 40 peratus

    GENEVA, 30 MAC – Jumlah orang yang terkorban akibat COVID melonjak lebih daripada 40 peratus minggu lalu, berkemungkinan disebabkan oleh perubahan dalam cara kematian COVID dilaporkan di seluruh Amerika Utara dan Selatan dan oleh angka baharu yang diselaraskan dari India, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan hari ini.

    Dalam laporan mingguan terbaharu mengenai wabak itu, agensi kesihatan PBB berkata jumlah kes COVID baharu menurun di mana-mana, termasuk di rantau pasifik barat WHO, di mana kes tersebut meningkat sejak Disember lalu.

    Kira-kira 10 juta jangkitan COVID baharu dan lebih 45,000 kematian dilaporkan di seluruh dunia sepanjang minggu lalu, berikutan penurunan 23 peratus dalam kematian minggu sebelumnya.

    WHO telah berulang kali mengatakan bahawa jumlah kes penularan COVID berkemungkinan kurang daripada jumlah sebenar. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda