Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian ibu dan kanak-kanak meningkat semasa pandemik di Filipina

    MANILA, 17 JAN – Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina hari ini menyatakan bahawa kematian ibu dan kanak-kanak meningkat dalam tempoh pandemik COVID-19 dua tahun kebelakangan ini.

    Ketua DOH Maria Rosario Vergeire berkata bahawa kebanyakan ibu-ibu gagal mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan disebabkan sekatan-sekatan pandemik.

    “Ramai ibu memilih untuk melahirkan anak di rumah, jadi kematian ibu meningkat,” Vergeire memberitahu satu sidang media.

    “Jika awda melahirkan anak di rumah, risiko anak meninggal dunia disebabkan komplikasi juga tinggi,” tambahnya.

    Vergeire berkata bahawa pandemik telah menghalang kanak-kanak daripada mendapatkan vaksin bagi penyakit-penyakit lain, membuatkan mereka lebih terdedah kepada penyakit-penyakit yang membawa kepada kematian. “Itulah satu lagi sebab peningkatan jumlah kematian kanak-kanak,” tambah beliau.

    Beliau juga menekankan bahawa ramai kanak-kanak mengalami malnutrisi dalam tempoh dua tahun ini disebabkan kekurangan nutrien. “Kanak-kanak lebih mudah sakit, dan risiko komplikasi teruk atau kematian adalah tinggi.” – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda