SYDNEY, 12 OKT – Dua orang remaja didakwa hari ini atas pertuduhan serangan yang mengakibatkan kematian 14 ekor kanggaru di pantai timur Australia dalam tindakan yang dilabelkan sebagai ‘tragik dan pembunuhan sia-sia’ oleh penyelamat haiwan.
Kedua-dua remaja itu, berusia 17 tahun, diberkas selepas penduduk tempatan menemui bangkai kanggaru kelabu timur, termasuk dua ekor anak kanggaru berhampiran Teluk Bateman, kira-kira empat jam pemanduan ke selatan Sydney pada pagi Sabtu, kata polis. “Ia satu tindakan tragik dan pembunuhan sia-sia yang meninggalkan kesan mendalam terhadap sukarelawan cawangan Mid South Coast yang berdedikasi, yang berkejar ke tempat kejadian bersama penduduk tempatan,” kata pertubuhan menyelamat hidupan liar, WIRES di Facebook. – AFP