Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Kematian mencurigakan, suami isteri ditahan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Pasangan suami isteri warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kematian mencurigakan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan.

Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) menahan pasangan, Awang Mohammad Helmi bin Awang Serabah, 39, dan Ampuan Roslinah binti Ampuan Abdul Razak, 36, pada 27 Ogos, menurut Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) yang juga Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato Paduka Haji Awang Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad, pada sidang media hari ini.

Kedua-duanya masih dalam tahanan polis bagi siasatan lanjut berhubung kecederaan serius dialami mangsa sehingga mengakibatkan kematian.

Sehubungan itu, PDB mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut dengan menghubungi Unit Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan atau mana-mana balai polis berdekatan di talian kecemasan 993.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda