Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian pertama China selepas 8 bulan

    BEIJING, 14 JAN – China melaporkan kes kematian akibat COVID-19 hari ini, kes pertama dalam tempoh lapan bulan ketika negara itu berusaha membendung lonjakan kes ketika pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di negara itu.

    Wilayah di China sebahagian besarnya berupaya mengawal penularan jangkitan menerusi pelaksanaan perintah berkurung yang ketat dan ujian saringan besar-besaran, bagaimanapun sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengalami peningkatan kes terutama di bahagian utara negara itu.

    Sebanyak 138 jangkitan baharu direkodkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini, angka harian tertinggi sejak Mac tahun lalu. – AFP

    Orang ramai memakai penutup mulut dan hidung di China. –AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda