Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian pramatang ikan salmon jejas industri perikanan

    OSLO – Ikan salmon sangat diminati kerana mengandungi asid lemak omega-3 dan mikronutrien, namun salmon Norway berada dalam persekitaran yang tidak baik di ladang ikan tempat ia diternak.

    Hampir 63 juta ekor ikan salmon pramatang mati tahun lalu. Angka tersebut adalah yang tertinggi. Salmon tersebut mati dalam sangkar laut besar di fjord Norway, pengeluar terbesar salmon Atlantik di dunia.

    Kadar kematian sebanyak 16.7 peratus itu merupakan rekod tinggi dan jumlah yang juga semakin meningkat dari tahun ke tahun sehingga menimbulkan masalah ekonomi dan etika kepada pengeluar.

    Salmon tersebut mati akibat penyakit pada pankreas, insang atau jantung, atau kecederaan yang dialami semasa membuang parasit kutu laut.

    “Kematian haiwan adalah satu pembaziran dan sumber,” kata Edgar Brun, pengarah Kesihatan dan Kebajikan Haiwan Akuatik di Institut Veterinar Norway kepada AFP.

    Gambar menunjukkan bangkai ikan salmon terapung di ladang ikan Mortenlaks di Pulau Rinoya di Lodingen, Norway Utara, pada 27 Mei 2019. – AFP
    Ladang ikan Oksebasen yang dikendalikan oleh syarikat pengeluar salmon Atlantik Mowi terbesar di dunia, di Giske, Norway. – AFP
    Gambar Freepik
    Gambar Freepik

    “Kami juga mempunyai tanggungjawab moral dan etika untuk menjamin salmon dalam keadaan terbaik.”

    Pengeksportan salmon Norway melebihi AS$11 bilion tahun lepas, dengan 1.2 juta tan dijual, kira-kira 16 juta hidangan sehari. Salmon yang mati pramasa biasanya dijadikan makanan haiwan atau bahan bakar bio.

    Tetapi menurut media Norway, ada sesetengah ikan berada dalam keadaan yang teruk semasa dibelah, atau bahkan yang sudah mati, kadang-kadang berakhir di pinggan makan.

    Kebiasaanya ikan tersebut dihantar dengan label yang ditandakan superior.

    “Saya melihat ikan yang dijual tetapi saya sendiri tidak akan makan,” kata bekas ketua kawalan kualiti di rumah penyembelihan salmon, Laila Sele Navikauskas, kepada penyiar awam NRK pada bulan November.

    Pakar mengatakan makan salmon tersebut tidak membahayakan kesihatan manusia.

    “Patogen yang menyebabkan penyakit pada salmon tidak dapat merebak kepada manusia,” jelas Brun.

    Tetapi pendedahan tersebut merosakkan imej salmon yang berharga.

    “Jika awda membeli daging di kedai, awda mengharapkan daging itu daripada haiwan yang disembelih mengikut peraturan dan bukan yang terbaring mati di luar kandang,” kata Trygve Poppe, pakar kesihatan ikan. “Jika tidak, sebagai pengguna awda merasa tertipu.”

    Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Norway berkata, ia melihat sesuatu yang ganjil di separuh daripada ladang ikan yang diperiksa tahun lepas, menyatakan bahawa ikan yang cedera atau cacat telah dieksport dalam pelanggaran peraturan Norway.

    Untuk mengekalkan reputasi yang kuat, hanya salmon berkualiti biasa atau superior dibenarkan untuk dieksport.

    Pada musim sejuk tahun lalu, ikan berkualiti rendah merangkumi bahagian yang semakin meningkat dalam stok, hingga satu pertiga. Ikan itu hanya boleh dijual di luar negara malah ikan tersebut akan di transformasi menjadi filet.

    Robert Eriksson, ketua Persatuan Makanan Laut Norway yang mewakili pengeluar kecil, biasanya dianggap tidak bersalah. Dia berkata ketidakteraturan yang dilaporkan di beberapa pembiak adalah ‘sama sekali tidak boleh diterima’. “Kami hidup berdasarkan kepercayaan,” katanya.

    Mengambil jalan pintas bermaksud ‘awda akan dihukum oleh pasaran dan kesan ekonomi adalah jauh lebih besar daripada beberapa kilo tambahan yang awda jual’.

    Persatuan Makanan Laut Norway mewakili syarikat penternakan ikan terbesar, yang paling kerap disingkirkan atas isu kualiti, menegaskan ia sedang menangani perkara itu tetapi mengatakan lebih banyak masa diperlukan.

    “Secara purata, memerlukan tiga tahun untuk membesarkan salmon,” kata pengarah badan itu, Geir Ove Ystmark.

    “Jadi sangat sukar untuk melihat hasil segera hari ini, walaupun kami telah melancarkan beberapa inisiatif dan langkah.”

    Menurut pakar kesihatan ikan Poppe, masalah itu sebenarnya adalah kelajuan penternakan ikan tersebut, yang mengkritik ‘keadaan haiwan yang sangat teruk’ dan yang telah berhenti makan salmon yang diternak.

    “Salmon terdedah kepada tekanan sepanjang hayat, dari masa menetas dalam air tawar sehingga disembelih,” kata Poppe.

    “Sebagai contoh, semasa fasa pertama dalam air tawar, cahaya dan suhu dimanipulasi supaya mereka membesar secepat mungkin,” dia menjelaskan.

    “Di alam liar, fasa ini memerlukan dua hingga enam tahun. Apabila diternak, ia mengambil masa enam bulan hingga setahun.”

    Truls Gulowsen, ketua Friends of the Earth Norway, berkata kadar kematian yang lebih tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan adalah hasil perindustrian yang agresif.

    “Kami telah membiakkan ikan ternakan yang mempunyai peluang hidup yang rendah dan yang mati akibat gabungan tekanan dan gen buruk kerana ia dibesarkan untuk membesar secepat mungkin dan terdedah kepada perubahan besar dalam pemakanan.”

    Persatuan Makanan Laut Norway menyasarkan untuk mengurangkan separuh kadar kematian menjelang 2030 dan industri besar Salmar telah memperuntukkan AS$45 juta untuk menangani isu tersebut.

    Antara kemungkinan yang sering disebut termasuk jarak lebih besar antara ladang ikan dan teknologi baharu, termasuk kemudahan yang tertutup.

    Yang terakhir, di mana air laut ditapis, akan membantu mencegah kutu laut tetapi ia lebih mahal. Kerajaan menegaskan ia adalah tanggungjawab penternak ladang ikan untuk mematuhi peraturan.

    “Tidak semua pengeluar mempunyai kadar kematian yang sama, jadi ia mungkin dapat dikurangkan,” kata Even Tronstad Sagebakken, setiausaha negeri di kementerian perikanan.

    Sementara itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Norway berkata, ia belum menerima sebarang laporan mengenai salmon yang tidak layak dieksport dijual di luar negara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda