TEL AVIV, ISRAEL, 23 DIS – Hospital di Israel berkata seorang lelaki yang dilaporkan meninggal dunia kerana varian Omicron, juga dikesan dijangkiti varian Delta.
Pegawai Kesihatan Israel melaporkan kematian itu awal minggu ini. Ia pada awalnya dikatakan kes kematian pertama disebabkan Omicron di negara itu.
Hospital Soroka, terletak di bandar selatan Beersheba, berkata hari ini, keputusan bagi ujian terakhir dari Kementerian Kesihatan Israel menunjukkan lelaki itu sebenarnya dijangkiti varian Delta.
Israel telah mengesan 341 kes Omicron.
Ia juga telah mengehadkan pergerakan udara keluar dan masuk ke negara itu, dan mengenakan sekatan awam untuk mencegah penularan jangkitan varian itu.
Pengarah Kementerian kesihatan juga bercadang hendak memulakan suntikan dos keempat terhadap golongan berisiko, susulan cadangan dari kumpulan penasihat kesihatan.
Israel, dengan jumlah 9.3 juta penduduk itu melaporkan lebih daripada 8,200 kematian
disebabkan COVID-19 semasa pandemik. – AP