Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian wira, ‘Wild Boar’ menangis

    BANGKOK, 15 Julai – Tiga belas pemain pasukan bola sepak ‘Mu Pa’ (Wild Boar) dan jurulatih bersama menitiskan air mata apabila keluarga mereka akhirnya memberitahu mengenai tragedi yang mengorbankan bekas penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thailand, Saman Kunan.

    Remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun itu dan jurulatih mereka berumur 25 tahun mengucapkan terima kasih kepada mendiang atas pengorbanannya dan ‘berjanji untuk menjadi insan yang baik.’

    “Kesemua mereka menangis dan merakamkan ucapan takziah dengan menzahirkan perasaan mereka secara bertulis pada gambar Saman.

    Mereka juga berdiri sambil memberi penghormatan,” menurut setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Jedsada Chokdamrongsuk dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Mendiang Saman, 38, yang secara sukarela menyertai operasi menyelamat, rebah dan meninggal dunia pada 6 Julai semasa menghantar tangki oksigen dalam gua Tham Luang yang ditenggelami air dalam misi yang berisiko dan berbahaya untuk menyelamatkan anggota pasukan ‘Wild Boar’ itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda