Selasa, Julai 29, 2025
33 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian Zara Qairina: Orang ramai diminta tidak buat spekulasi – Polis

    KOTA KINABALU, 28 JULAI – Polis meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, sementara menunggu hasil siasatan lanjut.

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.

    “PDRM Kontinjen Sabah akan menjalankan siasatan menyeluruh secara telus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), pada 11 tengah hari, 17 Julai lepas.

    Pelajar itu dibawa ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama itu pada 4 pagi, 16 Julai lepas. – Bernama

    Datuk Jauteh Dikun ketika sidang media sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kepayan, Kota Kinabalu, pada 25 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda