Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembali jadi ayah pada usia 92 tahun

    TEBING BARAT, 5 Feb – Isteri seorang penduduk Palestin berusia 92 tahun baru-baru ini melahirkan seorang anak perempuan di bandar al-Khalil di Tebing Barat.

    Mahmoud al-Adam menamakan anak damit itu Tamara dan berkata beliau berasa amat gembira kerana anaknya adalah anugerah daripada Tuhan.

    “Sekarang saya mempunyai lapan anak perempuan dan lima orang anak lelaki. Ia merupakan satu kejutan untuk mempunyai anak pada usia ini namun ia adalah kehendak Tuhan,” kata Adam.

    Ibu Tamara Abeer berasa gembira beliau menjadi seorang ibu terutamanya apabila beliau tidak menjangka beliau mampu mempunyai anak daripada suaminya yang sudah berusia.

    Lelaki warga Palestin, Mahmoud al-Adam yang kembali menjadi seorang ayah pada usia 92 tahun.
    Lelaki warga Palestin, Mahmoud al-Adam yang kembali menjadi seorang ayah pada usia 92 tahun.

    Abeer berusia lebih 42 tahun dan beliau pekak dan bisu. Beliau berkahwin dengan Adam beberapa tahun lalu selepas isteri pertamanya meninggal dunia.

    Doktor dan pakar kesuburan bersetuju tahap kesuburan lelaki merosot apabila usianya semakin meningkat dan kesuburan terjejas oleh beberapa penyakit kronik seperti diabetes, gula darah, arteriosklerosis dan sebagainya. Seorang lelaki yang sihat dan mengamalkan diet baik boleh menjadi subur sepanjang hayatnya.

    Adam mengesahkan ia benar dalam kesnya dan berkata beliau memakan makanan semula jadi dan menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang masa. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda