SAO PAULO – Beberapa hari sebelum Krismas, pemuzik dan pemain piano terkenal Joao Carlos Martins memanggil sahabatnya untuk datang ke Sao Paulo supaya dia boleh menunjukkan hadiah terbaik yang telah beliau terima selama bertahun-tahun iaitu sepasang sarung tangan berteknologi bionik baharu yang boleh bermain sendirinya secara automatik untuk beliau yang berusia 79 tahun dengan menggunakan kedua-dua tangannya untuk pertama kali dalam lebih daripada dua dekad.
John Sebastian dianggap sebagai ahli muzik yang hebat, pemain piano dan konduktor klasikal Brazil yang telah bersara pada Mac lalu selepas beliau menerima 24 kali rawatan kerana kesakitan yang dialaminya daripada penyakit degeneratif dan beberapa siri kemalangan. Keterbatasannya telah memaksanya bekerja sebagai konduktor sejak awal tahun 2000.
Tetapi sejak akhir tahun 2019, rakan-rakannya telah kembali ke kediaman kondominium Martins di pusat bandar untuk mendengar khabar mengenainya dan memainkan muzik dari Chopin, Wolfgang Mozart dan Bach kegemarannya yang dihidupkannya kembali dengan piano Petrofnya.
Sebelum adanya sarung tangan itu, terutama untuk membantu peningkatan perkembangan untuknya, beliau hanya boleh bermain piano dengan memainkan lagu-lagu perlahan sahaja dengan ibu jari dan kadang-kadang menggunakan jari lain.
“Selepas saya kehilangan peralatan saya, tangan saya, dan tidak dapat bermain piano, seperti jantung saya berhenti berdetak ,” kata Martins.


Martins mula berdepan masalah kesihatan pada tahun 1965. Beliau bagaimanapun seorang yang terkenal bangkit daripada kesukarannya selepas kecederaan saraf pada lengannya yang timbul semasa menyertai pertandingan bola sepak atau selepas dipukul perompak di bahagian kepalanya dengan menggunakan sebatang paip logam ketika dia berkunjung ke Bulgaria. Namun rakan-rakan menjangkakan pembedahan terbaharu terhadap tangan kirinya merupakan tanda berakhirnya kerjaya beliau dalam piano.
Itu mungkin takdirnya jika bukan seorang pereka percaya ia masih terlalu awal untuknya bersara daripada bermain piano. Ubirata Bizarro Costa yang telah berjaya mencipta sarung tangan bionik yang dilindungi neoprena yang membantu mengerakkan jari-jari Martins ke atas untuk menekan tombol piano dan yang dipegang bersamanya ialah papan karbon fiber.
“Saya mencipta model pertama saya itu berdasarkan imej tangannya, tetapi ia lebih dari ideal,” jelas Costa. “Saya mendekati beliau pada akhir konsert di bandar saya di Sumare, pedalaman Sao Paulo. Dia dengan cepat berkata bahawa mereka tidak akan berjaya, tetapi kemudian dia menjemput saya ke rumahnya untuk sama-sama menjayakan projek itu. “
Costa dan Martins menghabiskan bulan-bulan menguji beberapa prototaip yang dihasilkan. Akhirnya prototaip dan ujian yang sempurna berhasil dicipta pada bulan Disember lalu dan hanya mengeluarkan jumlah perbelanjaan sekitar kira-kira $500 Brazil (AS$125) untuk menciptanya. Sekarang Martins tidak pernah membuka sarung tangan baharunya, meskipun ketika tidur.
“Saya tidak dapat memulihkan kembali kelajuan masa lalu. Saya tidak tahu apa hasil yang saya akan dapat. Saya bermula dari awal seolah-olah saya belajar di usia 8 tahun,” katanya.
Kepulangan pemain piano itu pertama kali dilaporkan oleh akhbar Brazil, Fokha de S.Paulo. Wartawan Ricardo Kotscho mengatakan Martin bergegas ke bar berhampiran rumahnya sebelum Krismas ‘seperti budak lelaki yang mendapat mainan baharu.’
Martins berkata beliau telah menerima lebih daripada 100 alat teknologi dalam tempoh 50 tahun terakhir ini sebagai penyelesaian ajaib untuk masalah tangannya. Tiada yang berjaya membantunya atau tidak ada yang tahan lama.
“Tetapi sarung tangan ini berjaya. Saya juga boleh menyesuaikan kod sarung tangan ini sesuai dengan permintaannya,” katanya, menunjukkan bagaimana dia boleh menyusun semula kod dalaman sarung tangan untuk bermain pada tempo yang lebih pantas atau lebih perlahan. “Itu tidak bermakna semuanya disusun. Urat saraf dan otot yang memainkan peranan. Kadang-kadang saya cuba mahu bermain dengan cepat tetapi saya rasa kecewa kerana ia tidak berlaku.
‘Sarung tangan penyambung,’ adalah gelaran diberikan kepada pencipta sarung tangan itu, membolehkan Martins kembali bermain piano di Carnegie Hall di New York pada bulan Oktober 2020, ketika beliau dijadualkan mengadakan konsert merayakan ulang tahun ke-60 penampilan pertamanya di sana.
Martins, sementara itu, berlatih di awal pagi dan larut malam, menikmati kegembiraan bersama jirannya, sehingga dia boleh mempamerkan muziknya di konsert dengan sempurna.
“Ia boleh mengambil masa satu ke dua tahun. Saya akan terus berusaha sehingga ia berlaku,” katanya. “Saya tidak akan berputus asa.” – AP