‘Kembalikan ayah saya’

PAJU, 8 DIS – Anak kepada mangsa rampasan dan penyokongnya hari ini sekali lagi menuntut Korea Utara untuk memulangkan bapanya, setelah lima dekad selepas Pyongyang mengalihkan pesawat yang membawa 50 orang Korea Selatan.

Hwang Won menaiki penerbangan domestik Korea Air dari Gangneung ke lapangan terbang Seoul Gimpo pada 11 Disember 1969. Kapal terbang tersebut telah dirampas oleh perisik Korea Utara 10 minit selepas berlepas dan mendarat di Pyongyang.

Dua bulan kemudian, 39 orang penumpang telah dihantar balik namun pihak Korea Utara tidak pernah memulangkan 11 orang penumpang termasuk Hwang.

Penumpang yang dipulangkan memberikan khabar, Hwang Won telah diasingkan daripada mereka setelah ia menentang usaha indoktrinasi dan mempersoalkan ideologi Korea Utara.

Hwang In-Cheol, kini berumur lebih 50 tahun mengikuti perarakan dengan berpuluh-puluh penyokong di Imjingak, kira-kira ke selatan zon bebas tentera (DMZ) yang memisahkan dua buah negara Korea untuk memperingati ulang tahun ke-50 rampasan kapal pada Rabu depan.

“Ketua dunia tidak melakukan apa-apa tentang hal ini sehingga kita membangkitkannya,” kata Hwang tentang pembebasan bapanya.

“Korea Utara merupakan negara yang teruk di dunia, dan akan kekal kecuali kemanusiaan memaksanya berubah,” katanya. – AFP

Penyokong Hwang In-Cheol memegang sepanduk untuk pembebasan bapanya. – AFP