Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembalikan keyakinan diri kanak-kanak

    GAZA – Kenangan pahit masih bermain-main di fikiran Tahaers Jouda hampir setiap hari apabila keluarga bersama rumahnya telah dimusnahkan dalam peperangan semasa tahun 2014.

    “Ketika itu saya bermain dengan adik-beradik saya di taman rumah kami, secara tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan yang besar diikuti dengan asap yang tebal,” kata Jouda, dengan menambah itu adalah perkara terakhir yang diingatinya.

    Pada hari-hari yang berikutnya, dia terjaga di hospital dan mengetahui beliau telah kehilangan ibu, empat orang adik beradiknya dan sebelah kakinya.

    Hidupnya seperti dalam kegelapan selepas kehilangan keluarganya dan dia tidak lagi dapat melakukan perkara-perkara biasa seperti bermain bola sepak, menunggang basikal, bermain layang-layang dan lain-lain.

    “Saya tidak suka berjumpa dengan orang, terutama sekali kanak-kanak yang sebaya dengan usia saya,” tambahnya apabila melihat sifat simpati di mata mereka sekali gus menimbulkan rasa tidak sempurna terhadap dirinya.

    Kanak-kanak Palestin yang kurang upaya menyertai kem musim panas yang dianjurkan oleh Tabung Bantuan Kanak-kanak Palestin (PCRF). – Xinhua

    Peperangan itu berlangsung selama 50 hari. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), seramai 1,462 penduduk awam daripada 2,251 penduduk Palestin, 67 tentera bersama enam lagi penduduk awam telah dibunuh di negara Israel.

    Persatuan bukan kerajaan, Tabung Bantuan Kanak-kanak Palestin (PCRF) menyediakan perkhidmatan fizikal dan psikologi bagi kanak-kanak kurang upaya di Jalur Gaza sejak tahun 1987.

    “Terdapat ribuan kanak-kanak yang kurang upaya telah menerima bantuan fizikal, namun mereka juga memerlukan sokongan daripada psikologi,” kata Abed Al-Aziz Abed, jurucakap PCRF memberitahu Xinhua.

    Oleh itu, persatuan itu telah mengadakan kem musim panas yang pertama di Timur Tengah dengan menamakannya sebagai Kem Kemampuan untuk kanak-kanak yang kekurangan upaya di bandar Khan Younis, selatan Jalur Gaza.

    Kem itu memilih 53 orang kanak-kanak yang telah kehilangan salah satu anggota tubuh mereka semasa peperangan yang perit itu.

    “Kem ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak termasuk mengajar mereka bagaimana mengatasi cabaran kehidupan sehari-hari,” kata Abed.

    Jouda, meruapakan salah seorang peserta dalam kem tersebut. Di sini dia mula bermain, ketawa dan berjumpa rakan-rakannya sepanjang masa.

    “Di sini juga, saya menemukan kehidupan yang sebenar tanpa kritikan yang sukar dan saya boleh buat apa sahaja yang saya suka,” kata Jouda yang berenang di dalam kolam.

    Ahed hamdan, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun telah menyertai kem tersebut.

    Beliau dilahirkan tanpa sebelah kaki dan beliau merasakan dirinya tidak normal. Hamdan, dari kem pelarian Alburaige mempunyai rakan baharu bersama kanak-kanak perempuan.

    Beliau kini merasa sangat kuat ketika berada dalam kem tersebut dan bergembira tanpa ada perasaan malu.

    “Sekarang saya mempunyai keyakinan diri melalui aktiviti-aktiviti dengan bermain di dalam kem ini,” katanya. Dia berharap akan menjadi seorang doktor suatu hari nanti untuk membantu orang yang memerlukan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda