Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembang kemahiran ahli lembaga pengarah, pegawai kanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF) telah menganjurkan Directors’ Masterclass Series di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, kelmarin.

    Menurut kenyataan BILIF, program itu adalah lanjutan kepada Forum Tadbir Urus Korporat.

    Antara matlamat penganjuran masterclass itu ialah untuk mengembangkan kemahiran para peserta yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pegawai-pegawai kanan dalam bidang tadbir urus korporat, kewangan strategik dan kecemerlangan kepimpinan.

    Masterclass tersebut menawarkan tiga sesi serentak iaitu sesi tadbir urus korporat, Regulatory Compliance and Ethical Leadership yang dikendalikan oleh Profesor Mak Yuen Teen, dari National University of Singapore; sesi kepimpinan strategik, Decision Making: Leadership in the Boardroom yang dikendalikan oleh Adjung Fakulti di ICLIF Executive Education Centre, Asia School of Business, Malaysia, Chris Bennett dan sesi kewangan, Strategic Finance Across Economic Cycles: Thriving in Growth and Navigating Crisis yang disampaikan oleh Pengarah Bukan Eksekutif di Touch ‘n Go, Malaysia, Aida Mosira Moktar.

    Antara yang terlibat dalam sesi masterclass tersebut. – GAMBAR SERAHAN BILIF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda