Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kembang luas pembangunan sumber manusia

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Pembangunan sumber manusia perlu dikembangluaskan seiring dengan keperluan pasaran dan Mesyuarat Kumpulan Kerja Kelima Ketua-ketua Utiliti dan Autoriti Tenaga ASEAN bagi Sumber Tenaga Manusia (HAPUA WG5 HR) menyediakan sebuah platform untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman bagi mempersiapkan sebuah organisasi utiliti pembekal tenaga menghadapi cabaran dan peluang termasuk kesan proses peralihan tenaga dan digitalisasi pada masa ini.

    Perkara itu ditekankan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Ahmad Ridza bin Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Perasmian Mesyuarat HAPUA WG5 HR ke-11 yang berlangsung di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Mesyuarat yang diadakan selama dua hari dengan membawa tema Persiapan Tenaga Kerja untuk Masa Depan itu dihoskan oleh JPE, JPM serta dipengerusikan oleh Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.

    Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 77 orang perwakilan dari utiliti-utiliti pembekal tenaga negara-negara anggota ASEAN.

    Pada mesyuarat berkenaan, pelbagai kertas kerja menjurus kepada pembangunan tenaga kerja akan dibentangkan dan dibincangkan oleh utiliti-utiliti pembekal tenaga negara-negara anggota ASEAN dalam bertukar-tukar pendapat dan pengalaman bagi meningkatkan dan memperkukuhkan lagi sistem sumber manusia utiliti pembekal tenaga masing-masing yang menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat di rantau
    ASEAN.

    Ia adalah selaras dengan matlamat HAPUA WG5 untuk membolehkan negara-negara anggota ASEAN berkongsi mengenai strategi, amalan, cabaran dan pengalaman ahli-ahli utiliti dalam peningkatan sumber tenaga manusia.

    Gambar ramai ketua-ketua pewakilan yang menghadiri mesyuarat tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...