Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi TEMBURONG, 16 Jan – Lebih 50 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Bangar dan majlis-majlis perundingan kampung di bawah Mukim Bangar telah menyertai acara Larian Beramai-ramai sejauh 2.5 kilometer yang bermula dan berakhir di Kompleks Bumiputera, Pekan Bangar, Daerah Temburong, baru-baru ini. Larian tersebut julung-julung kalinya dianjurkan