Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembangkan sukan Ragbi Tag

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Dalam usaha mempromosi sukan Ragbi Tag di Asia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan Jerayawara Tag Ragbi di Sekolah Sukan hari ini.

    Jerayawara yang merupakan program kesinambungan dari Jepun itu dikelolakan oleh peserta Program JENESYS 2019 dengan kerjasama Persatuan Ragbi Kebangsaan bersama jurulatih sukan ragbi JBS dan Sekolah Sukan.

    Ketua pasukan Mohd Shahjohan bin Haji Shari dari JBS selaku penyelaras program menjelaskan “Selepas kembali dari Jepun baru-baru ini, kami disarankan untuk membuat jerayawara di Brunei agar sukan Ragbi Tag ini terus berkembang di Asia.”

    Selain itu, antara lain tujuan jerayawara ini diadakan adalah bagi membantu JBS dan persatuan sukan ragbi untuk mengembangkan lagi pembangunan sukan berkenaan di negara ini.

    Jerayawara ini akan dilaratkan ke Daerah Temburong pada 16 November ini di Kompleks Sukan Batu Apoi dan seterusnya di Sekolah Menengah Sultan Mohamad Jamalul Alam pada 20 November nanti.

    Anggota pasukan ragbi ketika bergambar ramai semasa jerayawara tersebut. – Gambar serahan JBS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda