COLUMBUS, OHIO, 23 DIS – Polis di Indianapolis telah menemui kanak-kanak kedua yang diculik apabila kereta ibu mereka dicuri di Columbus, Ohio, tiga hari sebelum ini.
Polis berkata anak lelaki itu ditemui semalam dalam kereta yang hilang, yang ditinggalkan di tempat parkir di restoran Papa John’s di Indianapolis.
Seorang wanita yang ternampak budak itu dalam kereta menghubungi pegawai yang sedang makan di sebuah restoran berhampiran, lapor WCHM-TV.
”Kanak-kanak lelaki berusia lima bulan itu berada dalam keadaan baik dan telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan,” kata Jabatan Polis Columbus di Twitter petang semalam.
Amaran Merah, digunakan untuk menghebohkan kehilangan kanak-kanak, dikeluarkan pada pagi Selasa selepas kereta yang terhenti hilang pada Isnin jam 9:45 malam ketika ibu budak itu mengambil pesanan di restoran piza di Columbus.
Salah seorang saudara kembar itu ditemui beberapa jam kemudian di tempat parkir berdekatan Lapangan Terbang Dayton di Ohio, 112 kilometer dari barat Columbus.
Nalah Tamiko Jackon, 24, ditahan semalam dan didakwa menculik selepas orang awam yang mengetahui mengenai kehilangan budak berkenaan ternampaknya di Indianapolis, kata Ketua Polis Columbus, Elaine Bryant. – AP


