Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembara 36 wilayah AS dan Kanada dengan rumah bergerak

    PASANGAN kekasih yang meminati aktiviti mengembara telah memberitahu bahawa mereka telah mengembara sejauh 45,000 batu di jalan raya bersama rumah bergerak mereka, bagi memudahkan mereka beristirahat setelah penat memandu.

    Alexis Stephens dan Christian Parsons dari North Carolina telah menjual barangan milik mereka dan memulakan aktiviti kembara dengan menggunakan treler milik mereka dua setengah tahun yang lalu dan semenjak itu, mereka telah mengembara ke 36 wilayah di Amerika Syarikat dan juga Kanada.

    Mereka berkata sejak berpindah ke rumah ciptaan mereka itu, mereka perlu membiasakan diri untuk berkongsi ruangan yang kecil dan kehidupan mereka seolah-olah seperti satu tarian di dalam rumah kecil itu. Pasangan ini baharu saja selesai menaik taraf rumah kecil mereka itu termasuk meja berdiri dan berharap untuk kembali semula ke jalan raya pada musim bunga ini.

    Beberapa keping gambar dikongsi oleh pasangan ini di depan rumah kecil mereka yang cantik, bergaul dan beramah mesra bersama dengan rakan-rakan mereka. Alexis, bekas eksekutif pemasaran dan Christian, juru foto, telah bertemu di Winston-Salem, North Carolina, di mana mereka telah membina kediaman mereka di sana. Mereka menerangkan apa yang menyebabkan mereka memilih untuk merealisasikan idea ini.

    “Pengalaman peribadi kami untuk mengembara menggunakan ruangan kecil ini tercipta atas dasar memudahkan, mencipta lebih banyak fleksibiliti dan menyerlahkan lagi adaptasi kembara setiap hari,” kata Alexis.

    Rumah kecil pasangan Alexis dan Christian ini telah membawa mereka ke 36 wilayah AS, bahkan singgah di Kanada.

    “Sama ada anda ingin mengembara atau hanya duduk, kehidupan dalam ruangan yang kecil berpotensi untuk menggalakkan perhubungan terhadap persekitaran anda, di mana membuka lebih banyak peluang menimba ilmu pengalaman,” tambah Alexis lagi.

    “Idea untuk mengembara sudah sedia wujud untuk mengembara ke Amerika Utara bagi mendokumentasikan kehidupan penduduk, budaya dan pengalaman bergaul dengan pelbagai komuniti bersama dengan rumah kecil ini, ia seperti satu kembara yang epik. Apa yang pasti, ia merupakan satu impian yang besar untuk kami berani merealisasikan idea ini, membina rumah kecil kami dan membawanya ke jalan raya,” kata pasangan itu lagi kepada media.

    Pasangan itu telah berjumpa dengan perwakilan pasaran dari Dow, syarikat pembinaan, ketika sidang forum mengenai tenaga, di mana syarikat itu berminat dengan idea pasangan itu.

    Christian dan Alexis kemudiannya memerlukan beberapa bahan dari syarikat tersebut untuk digunakan di dalam treler mereka itu. Menurut Dow, purata kasar bagi rumah baru yang kecil di Amerika Syarikat dijual antara AS$47,500 akan tetapi jika dibina sendiri, purata anggaran harga adalah AS$27,500. Pasangan ini telah mengembara bersama dengan rumah kecil mereka itu selama dua setengah tahun dan menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk mendirikannya.

    Sokongan rakan-rakan

    Christian mempunyai kepakaran asas tentang pembinaan dan telah berjaya mendirikan rumah kecil itu sebagai kerja sepenuh masanya. Pasangan itu telah menerima bantuan daripada rakan-rakan mereka seperti Tom, yang telah membenarkan pasangan itu untuk membina rumah kecil mereka di halaman rumahnya dan menggunakan perkakas-perkakas miliknya serta mendapatkan nasihat.

    Salah satu cabaran yang dilalui oleh pasangan itu ketika membina rumah kecil tersebut adalah proses mendirikan rumah tersebut yang mempunyai ruangan yang kecil.

    Salah satu cabaran yang dilalui oleh pasangan itu ketika membina rumah kecil tersebut adalah memaksimumkan penggunaan ruang yang kecil sebaik mungkin.
    Bilik utama di rumah kecil milik Alexis dan Christian.
    Pasangan ini telah meluangkan masa selama dua setengah tahun mengembara bersama kereta bergerak mereka.

    “Hampir keseluruhan infrastruktur diadaptasikan dengan pelbagai fungsi dan setiap perincian adalah dimaksimumkan. Sebagai contoh, almari juga berfungsi sebagai tangga, tempat duduk juga berfungsi sebagai tempat letak buku. Sebagaimana rumah-rumah yang lain, rumah kecil ini juga mempunyai dapur, tandas dan juga ruang tamu. Malah rumah ini juga mempunyai dua ruang kamar tidur,” tambah Alexis lagi.

    “Dalam bilik utama menempatkan katil yang besar, manakala anak saya pula mempunyai katil yang boleh dilipat dan dijadikan sebagai meja, kotak permainan dan bakul istimewa diletakkan dalam sistem pulley, sangat sesuai untuk menaikkan dan menurunkan permainan.

    “Ketika pertama kali kami berpindah ke rumah ini, kami terpaksa membiasakan diri untuk berkongsi ruang yang kecil, iaitu masing-masing perlu bertoleransi. Seperti Christian akan bangun 15 minit lebih awal sebelum saya,” tambah Alexis lagi.

    “Ini memberikannya ruang untuk bersiap dan untuk pergi ke kamar mandi tanpa mencetuskan sebarang konflik sesama kami. Anda lihat, jika almari dibuka ia akan menghalang laluan untuk menuju ke dapur dan juga kamar mandi.

    Dan setiap kali saya turun, saya akan bersiap dan menyediakan kopi tanpa halangan.”

    Mereka merancang untuk menukar bas sekolah untuk kembara seterusnya di masa yang akan datang. Justeru, rumah kecil mereka akan dijadikan sebagai kediaman tetap di kota bandar, namun semua itu belum dimuktamadkan lagi, tambah Alexis lagi.

    Alexis turut memberikan nasihat kepada orang ramai yang ingin mengikut jejak langkah mereka dan hidup mengembara atau ingin meneroka kehidupan baru di jalan raya.

    “Jika anda berminat, nasihat kami adalah pergi kecapinya.

    “Tidak ada masa seperti sekarang untuk mengutamakan kesejahteraan anda dan menikmati satu kebebasan. Bermula dengan hidup sederhana. Ia seperti satu proses untuk tidak membebankan diri anda dengan

    perkara-perkara yang membuatkan anda terhalang dengan benda-benda yang berselerak di ruang dan pemikiran anda,” kata Alexis di akhir temu ramah bersama media. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda