Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembara bermotor saksi keindahan Balkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Pengembaraan bermotor di Balkan adalah pengalaman yang penuh bermakna dan setiap negara di Balkan memiliki ciri-ciri unik yang membuat perjalanan berkenaan sangat berharga.

    Pengalaman itu dikongsikan oleh mantan Yang Dipertua Persatuan Motosikal Brunei Darussalam (PEMODA), Haji Bakar bin Haji Arshad, serta Pengiran Haji Yamin bin Pengiran Haji Damit, Awang Mohd Ali Raden dan Haji Jime bin Haji Kassim daripada PEMODA dan BMW Motorrad Brunei semasa mengikuti Balkan Ride 2024 (Overlander Ride), pengembaraan bermotor sejauh 4000km dalam masa 14 hari bersama kumpulan Overlanders Malaysia. Perjalanan dimulakan di Croatia ke Slovenia, sebuah kota yang dikenali dengan pesona Eropah yang klasik.

    Seterusnya perjalanan diteruskan ke Austria, Slovakia, Hungary, Bulgaria, North Mecadonia, Greece, Albania, Montenegro, Bosnia dan pulang semula ke Croatia
    Menurut mereka, berbekalkan semangat yang tinggi dan kekuatan mental yang kuat, sambil menikmati pemandangan yang cantik di sepanjang perjalanan berkenaan membuatkan mereka semakin teruja. Sementara itu, Faezah Ali, seorang penulis dan penunggang motosikal dari Malaysia pula berkata, setiap destinasi yang dituju memberikan pengalaman indah yang amat berharga. Alam semula jadi dan budaya di setiap negara di Balkan menawarkan keindahan alam dan budaya yang unik. Daripada pergunungan dan pantai hingga kota-kota bersejarah, semuanya memberikan pengalaman yang berlainan dan memukau, kongsinya.

    Menyentuh mengenai dengan adaptasi, beliau berkata, menjelajahi pelbagai negara dengan bahasa dan budaya yang berbeza mengajarkan mereka tentang penerimaan dan kemampuan beradaptasi, di mana setiap tentangan dalam perjalanan menjadi pelajaran berharga.

    “Perjalanan ini membuka mata saya terhadap budaya dan tradisi yang ada di dunia. Setiap tempat yang kami kunjungi memberikan perspektif baru dan penghargaan terhadap perbezaan. Pengembaraan di Balkan ini juga membuatkan kami menemukan diri sendiri dan menghargai keindahan dunia,” tambahnya.

    Antara peserta bergambar ramai semasa mengikuti Balkan Ride 2024. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda