BELOSLAV – Adakah penduduk Mesir kuno dapat menggunakan bot yang diperbuat daripada daun untuk pergi sejauh Laut Hitam beribu tahun yang lalu?
Sekumpulan pengembara mempercayai akan situasi tersebut dan terus cuba untuk membuktikan teori mereka dengan memulakan perjalanan yang pernah dilakukan oleh penduduk kuno pada satu ketika dahulu.
Pada pertengahan bulan Ogos lalu, pasukan yang terdiri dua penyelidik dan sukarelawan daripada lapan buah negara telah berlepas dari pelabuhan Bulgaria Varna dengan membawa harapan bahawa kapal Abora IV itu akan dapat membawa mereka sejauh 700 batu nautika melalui Bosphorus, Aegean dan Pulau Crete.
Pasukan tersebut berusaha untuk membuktikan hipotesis terhadap Herodotus, kata ketua ekspedisi dari Jerman, Dominique Goerlitz kepada media AFP.
Ahli sejarah Yunani purba pernah menulis bahawa kebanyakan penduduk Mesir purba belayar melalui Laut Hitam untuk mendapatkan bahan yang mereka tidak peroleh dari timur Mediterranean.

Pembinaannya dilakukan dengan bantuan sukarelawan dan dua orang anggota masyarakat asli Aymara dari Tasik Titicaca, Fermin Limachi dan anaknya, Yuri. Sebanyak 12 tan daun totora dan dua kilometer tali digunakan untuk membuat bot tersebut, mempunyai dua layar – berukuran 62 meter persegi dan 40 meter persegi, kata Fermin.
Untuk sampai ke Pulau Cyclades dan kemudian Crete merupakan detik penting bagi membuktikan hipotesis awal, tambahnya, sebagaimana tamadun Minoan berkembang di sana dari 2,700 hingga 1,200 sebelum Masihi telah terbukti laluan digunakan oleh peniaga Mesir.
Setelah diturunkan ke kawasan sungai baru-baru ini, bot tersebut memerlukan dua setengah minggu untuk lemah, di mana air akan memasuki sekitar lima hingga 10 tan air.
Terima kasih kepada berbilion-bilion ruang udara di dalam bahan binaannya, bot tersebut tidak akan tenggelam mahupun retak, menurut Goerlitz.
Semasa ekspedisi terakhirnya, Abora III pada tahun 2007, dia telah bertolak dari New York menuju ke selatan Sepanyol dalam usahanya untuk membuktikan bahawa lelaki zaman batu pernah membuat perjalanan melalui Atlantik. Pasukan Goerlitz berlayar selama 56 hari sebelum badai merosakkan botnya, 900 kilometer dari Kepulauan Azores di Portugis.
Seorang lagi sukarelawan, Heike Vogel, menantikan pelayaran itu buat pertama kali, selepas membantu dua ekspedisi terdahulu tanpa ikut serta meneroka.
Untuk berkomunikasi dengan kapal kargo yang lebih besar semasa dalam perjalanan mereka – cabaran utama dalam misi tersebut – Kru Goerlitz turut menyediakan peralatan komunikasi satelit dan radio moden. – AFP