Friday, May 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembara ‘Malaysia’ ke bumi India

    NEW DELHI, INDIA – Meskipun sudah lebih empat tahun berlalu, kenangan manis melancong ke India masih segar dalam ingatan, pelbagai kisah menarik bermain dalam ingatan, tambahan musim pandemik COVID-19 yang tidak membolehkan saya ke luar negara.

    Sebagai seorang backpacker, saya begitu teruja apabila rakan saya, Yasmin, 33, melontarkan soalan “apa kata kita pergi melancong ke India?”  India sememangnya destinasi impian para ‘backpacker’ di seluruh dunia.

    Kami ketika itu sedang menikmati makan tengah hari bersama dua sahabat lain, Fatin dan Cecilia di sebuah warung tepi jalan. Pada mulanya saya mengagak mereka tentunya berasa ragu-ragu dengan cadangan Yasmin. Ini memandangkan banyak persepsi buruk mengenai India yang mempunyai lebih 1 bilion penduduk itu, antara negara kotor dan banyak kes jenayah.

    Sangkaan saya meleset kerana mereka turut teruja, lebih-lebih lagi Cecilia yang sudah lama berangan-angan untuk berkunjung ke India, sama seperti saya.

    Yasmin yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di India beberapa tahun sebelum itu, terus berkongsi pengalamannya menjelajah ke beberapa negeri terkenal termasuk Kolkata, Kashmir dan Punjab.

    UNIK … Salah satu lokasi ikonik di Jaipur, Hawa Mahal terkenal dengan kehebatan seni bina lama yang mempunyai puluhan tingkap kecil. – Bernama
    Penulis, Soon Li Wei (kiri), Cecilia, Shafiah dan Fatin di hadapan Taj Mahal, Agra, yang kental dengan cerita cinta abadi antara Shah Jehan dan Mumtaz. – Bernama

    Persediaan ke India

    Berbeza dengan kebanyakan pelancong yang melakukan percutian mewah, kami memilih untuk mengembara secara backpacking untuk menikmati keindahan India dengan lebih dekat.

    Tiga kota ‘Segitiga Emas’ (Agra, Jaipur dan Delhi) menjadi pilihan lokasi pengembaraan utama kami kerana terkenal dengan kepelbagaian budaya dan seni bina kota yang begitu cantik, selain Kashmir yang terkenal dengan pemandangan ala-ala ‘Mini Switzerland’.

    Sebelum bertolak ke India, rakyat Malaysia perlu membuat visa pelancong untuk tiga bulan dengan harga RM340. Masa terbaik untuk berkunjung ke negara itu adalah dari bulan November hingga Mac, cuaca agak sejuk iaitu sekitar 20 hingga 30 celsius.

    Kami memilih April kerana mahu menikmati keindahan panorama ketika musim bunga di Kashmir yang terletak di utara India, pinggiran Himalaya.

    Tanggal 11 April 2017, kami berempat mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Indira Gandhi, New Delhi pada pukul 7 malam yang mengambil masa lima jam 30 minit. Perbezaan masa dengan India adalah lebih kurang tiga jam dengan Malaysia.

    Walaupun Yasmin tidak dapat bersama kami ketika itu pada saat akhir atas urusan peribadi, namun kami tetap teruja kerana rakan kami, Shafiah menyertai kami bertiga untuk mengembara ke bumi India selama 12 hari itu.

    Sebaik sahaja mendarat di New Delhi pada pukul 11 malam waktu tempatan, kami berempat mengambil teksi bermeter menuju ke hotel di Paharganj, kawasan berdekatan dengan Stesen Kereta Api Utama New Delhi bagi memudahkan kami menaiki kereta api menuju ke Agra keesokan harinya.

    Pengalaman naik kereta api di India

    Kereta api adalah salah satu tarikan utama di India dan perjalanan kami sudah tentu tidak akan lengkap jika tidak mencubanya. Pelbagai telatah dan ragam yang dapat disaksikan sepanjang perjalanan sama ada di dalam mahupun di luar pemandangan kabin kereta api.

    Jadual perjalanan kereta api paling awal untuk ke Agra adalah pukul 7 pagi. Untuk itu, seawal pukul 6 pagi lagi kami sudah daftar keluar selepas bersarapan menuju ke stesen kereta api berkenaan.

    Cabaran bermula tatkala kami mula melangkah masuk ke stesen dengan memikul backpack besar, dan ramai ‘ulat tiket’ mendekati kami, mahu menawarkan tiket untuk ke pelbagai destinasi. Hati-hati, mereka itu adalah scammers yang mahu memperdaya pelancong asing dengan tiket palsu atau mengenakan harga lebih tinggi.

    Kami berjaya mengatasi ‘halangan’ tersebut dan terus menuju ke International Tourist Bureau yang terletak di tingkat satu stesen itu. Rupa-rupanya kami terlepas kereta api pertama menuju ke Agra iaitu pada pukul 7:30 pagi dan untuk itu, kami terpaksa menunggu sehingga pukul 10 pagi bagi perjalanan seterusnya.

    Kami memilih kabin Second Class AC yang berhawa dingin untuk keselesaan sepanjang perjalanan ke ‘Segi tiga Emas’ selama empat hari, kerana cuaca di India ketika itu agak panas iaitu mencecah sehingga 43 celsius.

    Pada mulanya kami beranggapan bahawa kereta api yang bakal kami naiki itu akan dipenuhi dengan penumpang sehingga memenuhi bahagian atas kabin, namun sebenarnya tidak kerana suasananya sama seperti menaiki kereta api di Malaysia. 

    Keindahan Taj Mahal, ‘Pink City’

    Destina pertama kami sudah tentunya Agra, yang sangat sinonim dengan Taj Mahal. Dibina pada tahun 1631, sebagai bukti pengabadian cinta Shah Jahan kepada isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka ke-14. Jasad mereka berdua disemadikan bersama di bahagian dalam monumen itu.

    Kami tiba di Stesen Kereta api Agra Catt kira-kira pukul 1 tengah hari, dan terus ke Taj Mahal dengan menaiki teksi. Harga tiket masuk ke Taj Mahal adalah 1,000 rupee (RM60) dan setiap pelawat dibekalkan air galian dan sarung kasut untuk dipakai di bahagian dalam kawasan monumen.

    Pengalaman yang sukar dilupakan adalah suasana senja tatkala matahari terbenam. Persekitaran di Taj Mahal berubah warna mengikut cuaca dan suhu disebabkan seni binanya yang menggunakan marmar yang mampu meresap warna dan cahaya.

    Kebanyakan masyarakat Agra beragama Islam, jadi mudah mendapatkan makanan halal di sekitar Taj Mahal. Kami sempat menikmati keenakan nasi biryani kambing dan lassi di sebuah restoran muslim berdekatan dengan kawasan itu sebelum mendaftar masuk di hotel.

    Untuk yang ingin melanjutkan perjalanan di Agra, elok bermalam untuk melawat banyak tempat menarik seperti Agra Fort, Fatehpur Sikri dan Baby Taj.

    Memandangkan perancangan kami hanya menginap satu malam di Agra, kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana keesokan harinya, kami perlu bertolak ke Jaipur seawal pukul 8 pagi dari Stesen Keretapi Agra Catt.

    Satu perkara yang amat mengagumkan saya ketika melawat ke Agra, persekitarannya yang jauh lebih bersih daripada New Delhi dan Jaipur, kerana mempunyai pekerja tempatan yang bertugas untuk membersihkan jalan raya serta lorong di sekitar bandar itu.

    Terminum ais di Jaipur

    Selepas Agra, kami ke Jaipur, ibu kota Rajasthan (negara bahagian terbesar di India) yang terkenal dengan ‘Pink City’ kerana hampir kesemua bangunannya berwarna merah jambu.

    Destinasi pelancong yang menarik ini menempatkan bangunan berseni bina unik dan halus, antaranya Jal Mahal, Hawa Mahal, City Palace dan Amber Fort. Namun, kami mempunyai kenangan kurang manis di sini, Ini kisahnya.

    Cuaca di Jaipur yang agak panas dan berdebu kerana terletak berdekatan dengan padang pasir, menyebabkan kami banyak minum air galian. Kami memilih membeli di kedai daripada gerai yang kebanyakannya menggunakan air paip.

    Selepas habis bergambar dan mencuci mata di kedai cenderahati, kami singgah di sebuah restoran berhadapan Hawa Mahal. Oleh kerana terlalu haus dan panas, Fatin memesan Coke berserta segelas ais. Ketika itu, tidak pula terlintas yang ais itu mungkin diperbuat daripada air paip.

    Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, Fatin mengadu sakit perut dan muntah-muntah pada malamnya. Pada keesokan harinya, keadaan Fatin tidak berubah. Selepas selesai kami berkunjung ke Amber Fort dan Fatin kembali muntah ketika dalam perjalanan ke City Palace dengan menaiki tuk-tuk.

    Syukur kami ada membawa bekalan ubat untuk diberikan kepada Fatin dan keadaannya yang lemah membuatkan kami terpaksa membatalkan rancangan ke City Palace dan destinasi lain.

    Kami mahu membawa Fatin ke hospital atau klinik berdekatan, malangnya semua klinik berdekatan masih tutup dan jika ada pun, kami terpaksa menunggu sehingga pukul 7 malam. Hospital berdekatan pula begitu ramai orang sehinggakan sukar untuk menjangkakan bila boleh dapat giliran.

    Kami bergilir-gilir menjaga Fatin di sebuah kedai runcit hadapan Hawa Mahal, sambil menunggu klinik dibuka pada sebelah malam. Sebaik sahaja klinik dibuka, kami bergegas membawa Fatin mendapatkan drip dan rawatan sebelum bergerak ke Stesen Kereta Api Jaipur untuk menaiki kereta api pulang ke Delhi. Pesan saya, hati-hati bila mengambil minuman berais di India!

    Pengalaman manis sukar dilupakan

    Seperti menaiki roller coaster pengalaman ketika berada di India selama 12 hari itu, melihat pelbagai telatah dan ragam manusia sepanjang perjalanan kami. Antaranya, penduduk tempatan yang membuang air di tepi-tepi jalan dan ada yang memerhatikan kami dengan pandangan pelik.

    Pengalaman dengan pemandu teksi yang cuba menipu tambang juga tidak kurang hebatnya. Nasihat saya, pengembara wanita usahlah berjalan bersendirian. Kami berempat sentiasa bergerak dalam kumpulan sepanjang kami berada di India, terutamanya ketika berjalan di tempat orang ramai.

    Kami juga memastikan tidak memakan pakaian yang mencolok mata kerana dikhuatiri mencuri pandangan lelaki.

    Saya berasa sangat beruntung kerana sepanjang pengembaraan ini, banyak yang saya pelajari.

    Cecilia yang berketurunan India turut berkongsi perbezaan Bahasa Tamil dan Hindi. Kebanyakan masyarakat India di Malaysia berasal dari India selatan bertutur Bahasa Tamil, manakala Bahasa Hindi digunakan secara meluas di utara India. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/