Friday, February 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kembara Merdeka semarakkan sambutan HK41

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Aktiviti Kembara Merdeka yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 41 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli pengakap Negara Brunei Darussalam.

    Program yang diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 (HK41) itu disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Junaidi bin Haji Hussin, bertempat di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

    Kembara itu membawa para peserta melalui beberapa laluan utama, bermula dari Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, menuju ke Kampung Tamoi, seterusnya ke Kampung Burung Pingai Air, kemudian ke Kampung Saba, sebelum kembali semula ke Kawasan Lapang Kompleks Yayasan sebagai lokasi penamat.

    Program tersebut bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan ahli pengakap serta mengeratkan ukhuwah melalui aktiviti yang berkonsepkan kecergasan dan ketahanan diri bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41.

    Ahli-ahli pengakap mengambil bahagian dalam aktiviti Kembara Merdeka yang dianjurkan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Gambar ramai peserta yang menyertai Kembara Merdeka. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda