Oleh Jailani Hasan KUNDASANG – Gunung Kinabalu bukanlah gunung tertinggi di dunia tetapi ramai memilih untuk mendakinya berikutan laluannya yang amat mencabar, walaupun bagi pendaki berpengalaman. Itulah pendapat Raime Awang selepas mendaki gunung itu beberapa kali sejak sedekad lepas. “Kami sangka pendakian kali ini pasti lebih mudah memandangkan kami sudah beberapa kali mendaki gunung ini. Namun, jangkaan kami meleset kerana laluan baharu itu sangat mencabar kemampuan mental dan fizikal kami,” kata ketua ekspedisi itu