Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja akan lancar kad e-Ketibaan bagi penumpang udara

    PHNOM PENH, 12 OGOS – Kemboja akan melancarkan skim kad e-Ketibaan pada September depan untuk penumpang udara yang tiba di negara Asia Tenggara itu, kata Perdana Menteri Hun Manet hari ini.

    Kad digital e-Ketibaan akan menggantikan borang kertas untuk pengisytiharan imigresen, kesihatan dan kastam. Ia boleh didapati sama ada menerusi web atau melalui aplikasi yang tersedia di App Store dan Play Store pada telefon mudah alih atau peranti elektronik lain.

    Sistem e-Ketibaan Kemboja akan dilancarkan secara rasmi di tiga lapangan terbang Kemboja mulai 1 September 2024 untuk memudahkan ketibaan pengembara dalam negara dan antarabangsa, kata Hun Manet di saluran Telegram rasminya.

    Menurut Jabatan Am Imigresen, aplikasi e-Ketibaan akan memudahkan penumpang untuk melengkapkan formaliti imigresen dan prosedur kesihatan dalam satu borang. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda