KEMBOJA, 9 NOV – Kerajaan Kemboja kelmarin telah mengumumkan, senjata berat mula dialih dari kawasan sempadannya dengan Thailand berikutan termeterainya perjanjian damai antara Phnom Penh dan Bangkok selepas konflik berdarah di sempadan, lapor agensi Anadolu.
Kementerian Pertahanan Kemboja dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua negara ‘terus melaksanakan fasa kedua peringkat pertama mengalihkan senjata dan peralatan berat yang bersifat merosakkan’ dari kawasan sempadan.
Phnom Penh turut menyuarakan harapan agar kedua-dua pihak “terus melaksanakan perjanjian terbabit dengan sepenuh keikhlasan, niat baik dan ketelusan”, sambil menggesa agar “hubungan dua hala kembali pulih sepenuhnya dengan segera.”
Sementara itu, Kementerian Luar Thailand dalam kenyataannya pada Jumaat, memaklumkan kedua-dua negara bersetuju untuk membina pagar keselamatan sepanjang lapan kilometer di kawasan sempadan. – Bernama


