Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja bergelut selamatkan dolfin sungai daripada pupus

    KRATIE, KEMBOJA, 15 MAC – Kepala kelabu yang membonjol timbul di perairan Sungai Mekong yang keruh di Kemboja ketika sekumpulan ikan lumba-lumba Irra-waddy yang jarang ditemui muncul untuk bernafas, mencetuskan suara keterujaan pelancong yang menonton dari bot berdekatan.

    Pemandangan yang mendebarkan itu tidak lama lagi mungkin tidak lebih sekadar kenangan, ketika bilangan mamalia terancam itu semakin berkurangan meskipun usaha untuk memeliharanya.

    Kemboja telah mengumumkan sekatan-sekatan baharu yang ketat untuk menangkap ikan di sungai yang luas itu untuk cuba mengurangkan bilangan ikan lumba-lumba yang terkorban dalam pukat. Tetapi di negara yang mempunyai sumber kewangan
    yang terhad, menjadi satu cabaran besar untuk menguatkuasakan peraturan di sungai selebar ratusan meter yang dipenuhi dengan pulau kecil dan dipenuhi dengan semak yang tebal.

    “Kami bimbang tidak dapat melindunginya,” kata pengawal sungai, PhonPharong semasa rondaan mencari pukat haram.

    Gillnet, jala menegak yang ditinggalkan di dalam air untuk jangka masa yang lama, memerangkap ikan sewenang-wenangnya dan merupakan punca utama kematian ikan lumba-lumba di Mekong, menurut ahli pemuliharaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda