PHNOM PENH, 4 OGOS – Polis antidadah Kemboja telah menahan enam orang warga asing kerana didakwa menyeludup dadah haram, merampas hampir 790kg ketamin, meurut Jabatan Antidadah (ADP), Kemboja dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Suspek, semua lelaki berusia antara 26 hingga 46 tahun, ditangkap pada Selasa semasa serbuan di bandar pesisir pantai, Sihanoukville dan ibu negara, Phnom Penh, susulan siasatan selama empat bulan, kata ADP.
“Sejumlah 789.78kg ketamin dirampas daripada suspek semasa serbuan,” kata ADP, menambah empat buah kereta, dua buah motosikal, tujuh buah telefon bimbit dan lapan bank akaun juga dirampas.
Negara Asia Tenggara itu tidak mempunyai hukuman mati ke atas penyeludup dadah. – Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P10-ketamin_05082023.jpg)