PHNOM PENH, KEMBOJA, 2 NOV – Sekolah di seluruh Kemboja hari ini dibuka buat kali pertamanya semenjak Mac namun saiz kelas dan jam belajar dihadkan sebagai langkah-langkah waspada koronavirus.
Menteri Pendidikan Hang Chuon Naron mengatakan satu arahan penutupan kedua akan dipertimbangkan jika ada mana-mana pelajar dijangkiti virus semasa menghadiri kelas. Menurutnya, para guru dan pelajar akan belajar dengan penuh waspada dan menerapkan langkah-langkah keselamatan kerana COVID-19 masih lagi berleluasa di Eropah dan Amerika Syarikat serta belum ada vaksin yang dibangunkan.
Pada fasa ujian pembukaan semula bagi beberapa buah sekolah di ibu negara Phnom Penh dan sebahagian timur Kemboja bermula bulan lalu dan Hang Chuon Naron mengatakan keputusan baik membolehkan mereka untuk meluluskan pembukaan semula di seluruh negara. – AP