Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja buka semula sekolah

    PHNOM PENH, 7 SEPT – Sekolah-sekolah di Kemboja hari ini dibuka semula selepas enam bulan penutupan kerana impak pandemik COVID-19.

    Menteri Pendidikan, Hang Chuon Naron dalam satu kenyataan awal hari ini mengatakan sekolah-sekolah perlu mematuhi garis panduan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha mencegah penularan virus. Antara garis panduan tersebut termasuklah pelajar perlu memakai penutup mulut dan hidung, pengambilan suhu badan, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan berasaskan alkohol atau gel dan mengamalkan penjarakan fizikal 1.5 meter dalam bilik darjah.

    Mana-mana pelajar yang suhu badannya lebih tinggi daripada 37.5 darjah Celsius tidak dibenarkan memasuki sekolah. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda