Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja catat kes Omicron tempatan pertama

    PHNOM PENH, 9 JAN – Kemboja telah melaporkan jangkitan tempatan pertama varian Omicron yang dikesan daripada penduduk Phnom Penh, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

    Lelaki Berusia 23 tahun disahkan dijangkiti varian Omicron semasa ujian PCR dijalankan oleh institut Pasteur di Kemboja, kelmarin, menurut kementerian itu dalam kenyataannya.

    Lelaki itu diuji bagi virus itu semasa dia menjaga sepupunya yang jatuh sakit di sebuah hospital di Phnom Penh, kata kementerian, menambah yang sepupunya, yang datang ke Kemboja dari Australia pada 27 Disember, juga diuji positif varian Omicron.

    Setiausaha Negara Kementerian Kesihatan dan jurucakap Or Vandine berkata kedua-dua individu terbabit berkunjung ke banyak tempat di Phnom Penh dan wilayah Kampung Thom, Siem Reap dan Kampot.

    “Ini adalah kes jangkitan tempatan pertama Omicron,” katanya dalam kenyataan, menggesa orang ramai untuk terus mematuhi langkah tiga perkara yang dapat dilakukan dan tiga perkara tidak boleh dilakukan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda