Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja catat lima kematian akibat virus H5N1

    PHNOM PENH, 22 JUN – Kemboja telah mencatatkan kematian kelima akibat selesema burung tahun ini, selepas seorang lelaki berusia 52 tahun meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan kelmarin.

    Lelaki berkenaan yang berasal dari wilayah Svay Rieng di timur negara itu telah meninggal dunia pada Khamis dan ujian mengesahkan beliau dijangkiti virus selesema burung H5N1, kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan.

    Menurut kenyataan itu, “Mangsa telah menyentuh ayam yang sakit dan meninggal dunia dua hari sebelum jatuh sakit.”

    Beliau telah mengalami ‘demam, batuk dan kesukaran bernafas’ sebelum meninggal dunia di hospital, tambah kenyataan itu.

    Bulan lalu, Kemboja turut merekodkan kematian keempat akibat selesema burung tahun ini, selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut akibat jangkitan tersebut.

    Virus H5N1 lazimnya menjangkiti manusia melalui sentuhan langsung dengan burung yang dijangkiti atau berada di persekitaran berisiko tinggi seperti ladang atau pasar haiwan hidup, namun risiko penularan kepada manusia kekal rendah.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 43 orang telah meninggal dunia akibat selesema burung di Kemboja antara tahun 2003 hingga 2024. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda