Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja catat penurunan jangkitan malaria

    PHNOM PENH, 9 Feb – Kemboja melaporkan 23,630 kes malaria pada 2016, penurunan 54 peratus daripada 51,260 kes pada tahun sebelumnya, menurut Pusat Kebangsaan bagi Kawalan Malaria.

    Penyakit ini membunuh seorang sahaja pada tahun lepas, menunjukkan penurunan dari 10 kematian pada tahun sebelumnya, kata kenyataan akhbar hari ini.

    Ia menambah bahawa kadar kejadian itu adalah 1.51 daripada 1,000 orang pada tahun lepas dan kadar maut tahunan adalah 0.01 daripada 100,000 orang.

    “Ini menunjukkan bahawa Kemboja adalah di landasan yang betul untuk menghapuskan kes-kes malaria pada tahun 2025,” katanya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda