Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja catat rekod statistik dos penggalak ke-4

    PHNOM PENH, 24 JAN – Hampir 300,000 orang sudah menerima dos penggalak keempat vaksin COVID-19 dalam masa sembilan hari pertama kempen vaksinasi yang bermula 14 Januari di hospital-hospital umum dan pusat kesihatan di Phnom Penh, Kemboja, menurut kementerian kesihatan.

    Kementerian itu juga mengesahkan lebih daripada lima juta orang sudah menerima dos ketiga. Menurut kementerian itu, dos penggalak itu dihasratkan dapat menguatkan imuniti dan mencegah sakit serius daripada varian mudah berjangkit seperti Omicron.

    Sehingga 22 Januari, Kemboja memvaksin lebih 14 juta orang berusia lima tahun ke atas atau 89.58 peratus daripada anggaran keseluruhan 16 juta populasinya. Manakala daripada 14-22 Januari pula, lebih 280,000 orang menerima vaksinasi dos keempat di hospital umum dan pusat kesihatan di seluruh ibu negara.

    Jurucakap wanita kementerian kesihatan, Or Vandine mengatakan kejayaan Kemboja dalam kempen vaksinasi COVID-19 adalah kerana kepimpinan teguh negara dan penyertaan orang ramai.

    “Kami membentangkan beberapa siri strategi bagi menghindari dan mengekang pandemik COVID-19 serta memberikan keutamaan kepada pelan vaksinasi sehinggalah kadar jangkitan harian terkawal,” tambahnya.

    Setakat hari ini, kementerian itu melaporkan 40 kes baharu COVID-19, dengan 15 daripadanya import dan disahkan varian Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 negara itu kepada 121,066 dengan 117,232 sembuh dan 3,015 kematian. – ANN/Phnom Penh News

    Seorang wanita menerima suntikan dos keempat vaksin COVID-19 di Phnom Penh dalam gambar fail 14 Januari lalu. Sehingga kini, seramai 300,000 telah mendapatkan dos penggalak keempat itu di ibu negara. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda