Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja, China draf rancangan kerjasama

    PHNOM PENH, 22 Feb – Pegawai Kemboja dan China bertemu di sini hari ini untuk merangka rancangan bagi kerjasama di bawah rangka kerja cadangan China mengenai Inisiatif Belt and Road.

    Delegasi Kemboja diketuai oleh Setiausaha Kementerian Ekonomi dan Kewangan Negeri, Vongsey Vissoth, dan bagi pihak China diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan barat, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Xiao Weiming.

    Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Ekonomi dan Kewangan, mesyuarat itu muncul selepas kedua-dua negara menandatangani satu Memorandum Persefahaman mengenai pelaksanaan kerjasama dua hala di bawah Inisiatif tersebut semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Kemboja pada bulan Oktober 2016.

    Inisiatif tersebut yang dicadangkan oleh China pada tahun 2013 itu, adalah bertujuan untuk membina perdagangan dan infrastruktur rangkaian yang menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika di sepanjang perlaluan perdagangan purba.

    “Kemboja sangat menghargai kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara di bawah inisiatif tersebut,” Vissoth berkata, sambil menambah bahawa kerjasama itu akan memberi manfaat yang besar kepada Kemboja dalam pembangunan sosio-ekonomi untuk terma sederhana dan panjang.

    Beliau berkata kerjasama di bawah inisiatif itu akan memainkan peranan sebagai enjin pertumbuhan baru bagi rantau ini dan dunia, serta memberi manfaat kepada kedua-duanya, China dan negara-negara yang mengambil bahagian.

    Pelan-pelan yang dirangka untuk kerjasama dua hala itu akan dikemukakan kepada kerajaan kedua-dua negara untuk diluluskan pada bulan Mei. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda