Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja dijangka sambung semula operasi menyahaktifkan bom

    PHNOM PENH, 21 FEB – Para petugas pengesan periuk api Kemboja akan menyambung semula operasi untuk menyahaktifkan bom yang tidak meletup, selepas Amerika Syarikat (AS) memberikan persetujuan untuk terus membiayai kerja di negara itu, kata pegawai hari ini.

    Kemboja masih dipenuhi dengan bom yang tidak meletup, kebanyakannya digugurkan oleh tentera AS semasa Perang Vietnam.

    Kemboja terpaksa menangguhkan sebahagian operasi mengesan bom hujung bulan lalu selepas Washington tiba-tiba menghentikan pembiayaan berikutan arahan Presiden Donald Trump untuk membekukan bantuan asing selama 90 hari.

    Ketua Pengarah Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja (CMAC), Heng Ratana, berkata kepada AFP hari ini bahawa AS telah memberikan persetujuan bersyarat untuk pembiayaan kepada organisasi rakan kongsi yang menyokong projek mengesan bom di Kemboja.

    Dia telah menghantar para petugas pengesan bom, yang telah berhenti sejak beberapa minggu lalu, untuk kembali ke lapangan dan operasi menyahaktifkan bom yang tidak meletup akan disambung semula Isnin depan.

    “Kami gembira untuk menyambung semula misi untuk menyelamatkan nyawa,” kata Pengurus di Ibu Pejabat Unit 5 Pengesan Bom CMAC, Keo Sarath, yang bertanggungjawab untuk membersihkan sepanjang wilayah timur bersempadan dengan Vietnam.

    AS telah menjadi rakan kongsi utama dan menyediakan kira-kira AS$10 juta setahun untuk membiayai penyingkiran bom di Kemboja. – AFP

    Gambar menunjukkan seorang petugas pengesan periuk api CMAC sedang memeriksa bom yang tidak meletup di wilayah Svay Rieng pada 11 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda