PHNOM PENH, KEMBOJA, 1 OGOS – Pihak berkuasa Kemboja telah menghentikan lima kontena daging kerbau yang diimport dari India selepas mendapati penghantaran itu dicemari koronavirus, kata para pegawai Selasa lalu.
Kementerian Kesihatan berkata virus itu dikesan dalam tiga daripada lima kontena kapal sejuk beku yang dibawa masuk oleh syarikat swasta.
Kandungan tiga kontena itu kemudian dihapuskan pada minggu itu, kata kementerian dalam kenyataannya. – AP