Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja kini bebas COVID

    PHNOM PENH, 7 JUN – Kemboja telah menjadi sebuah negara sifar COVID-19 selepas pesakit terakhir pulih, menurut satu kenyataan kementerian kesihatan, hari ini.

    Negara itu melaporkan tiada kes baharu jangkitan COVID-19 selama 31 hari berturut-turut, menurut kenyataan itu, menambah bahawa sejak pandemik bermula pada Januari 2020, negara itu telah mencatatkan sejumlah 136,262 kes yang dilaporkan dengan 133,206 pulih dan 3,056 kematian.

    Setiausaha negara dan jurucakap kementerian kesihatan, Or Vandine menggambarkan kejayaan negara itu dalam mengawal pandemik disebabkan kepimpinan tepat kerajaan dan keberkesanan vaksin-vaksin COVID-19.

    “Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen telah membuat keputusan yang betul dan tepat masanya untuk menyediakan vaksin-vaksin COVID-19 percuma kepada semua rakyat Kemboja yang layak dan warga asing yang menetap di negara ini,” beliau memberitahu pemberita menerusi satu kumpulan telegram.

    “Vaksin-vaksin adalah alat paling berkuasa untuk melindungi nyawa daripada COVID-19, mengurangkan jangkitan dan kematian,” Vandine berkata.

    Kemboja setakat ini telah memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 kepada lebih 15 juta orang, atau 94 peratus daripada 16 juta penduduknya, kementerian kesihatan itu berkata, menambah bahawa daripada jumlah itu, 14.3 juta atau 89.4 peratus telah mendapat vaksinasi lengkap dengan dua suntikan.

    Manakala itu, 9.25 juta atau 58 peratus telah mendapat dos ketiga dan 2.58 juta atau 16 peratus telah mendapat dos keempat.

    Kemboja akan menawarkan dos kelima vaksin kepada kumpulan-kumpulan utama mulai 9 Jun ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda