Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja lancar kempen hidupkan semula industri pelancongan

    PHNOM PENH, 27 JAN – Satu kempen dinamakan Cambodia: Safe and Green Tourism Destinastion dilancarkan di Phnom Penh, Kemboja hari ini, dihasratkan menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Thong Khon.

    Berucap pada majlis pelancaran melalui sidang video, Khon mengatakan selama dua tahun kebelakangan ini, banyak perniagaan berkaitan pelancongan ditutup dan puluhan ribu pekerja kehilangan pekerjaan mereka.

    “Kempen ini adalah satu strategi bagi menarik pelancong dari seluruh dunia dan juga negara-negara di Asia Tenggara ke Kemboja,” katanya.

    Semua pelancong lengkap vaksin dialu-alukan ke Kemboja tanpa perlu menjalani kuarantin, kata menteri, menasihatkan perniagaan berkaitan pelancongan untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan pelancongan dan prosedur operasi standard (SOP) efektif dalam usaha mencegah penularan COVID-19.

    Pelancongan merupakan empat daripada tonggak utama ekonomi negara beraja itu. Negara itu menerima sehingga 6.61 juta pelancong antarabangsa dalam 2019, menjana pendapatan bersih AS$4.92 bilion, menurut kementerian pelancongan.

    Namun akibat pandemik, sektor itu setakat ini hanya menarik sekitar 163,366 pelancong asing pada tempoh Januari-November 2021, menurun 87 peratus daripada 1.28 juta pada tempoh sama dalam 2020, kata kementerian. – Xinhua

    Salah satu tarikan utama pelancongan di Kemboja, Angkor Watt.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda