Monday, December 2, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja lancar skim pinjaman AS$150 juta sokong sektor pelancongan

    PHNOM PENH, 17 MEI – Kemboja hari ini telah melancarkan Skim Pembiayaan Bersama Pemulihan Pelancongan dengan modal pembiayaan berjumlah AS$150 juta, bermatlamat untuk menyokong perusahaan pelancongan yang terjejas akibat COVID-19, pegawai-pegawai berkata.

    Bercakap pada acara yang diadakan secara hibrid, Timbalan Perdana Menteri Aun Pornmoniroth, yang juga menteri ekonomi dan kewangan, berkata bahawa skim pembiayaan bersama itu dapat dilaksanakan dengan sumbangan kerajaan berjumlah AS$75 juta dan institusi-institusi kewangan menyumbang AS$75 juta.

    “Menerusi skim ini, perusahaan-perusahaan dalam sektor pelancongan akan dapat memulihkan dan mengukuhkan daya saing mereka, serta mempromosi dan mentransformasikan sektor pelancong untuk menjadi lebih menarik,” tambah beliau. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda