Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemboja mulakan kerja pembinaan terusan pada Ogos

    PHNOM PENH, 31 MEI – Kemboja akan memulakan kerja pembinaan terusan kontroversi bernilai AS$1.7 bilion yang menghubungkan ibu kota Phnom Penh ke laut pada Ogos, menurut Perdana Menteri, Hun Manet, kelmarin.

    Terusan Funan Techo yang disokong China mencetuskan kebimbangan di negara jiran Vietnam bahawa ia boleh digunakan oleh kapal perang China dan mengurangkan kebergantungan Kemboja pada pelabuhan Vietnam.

    Pencinta alam sekitar juga bimbang terusan sepanjang 180 kilometer (km) itu berpotensi mengurangkan aliran air ke Mekong, antara sungai paling biodiversiti di dunia.

    Kemboja menerima berbilion dolar daripada China dalam pelaburan infrastruktur sebagai salah satu sekutu serantau terdekat Beijing di bawah bekas pemimpin, Hun Sen.

    Anak lelakinya, Hun Manet, berkata terusan Funan Techo sebahagian besar dibiayai oleh Kemboja dan kerajaan sedang berbincang dengan sebuah syarikat China untuk pelaburan selanjutnya.

    Gambar menunjukkan penumpang menyeberangi Sungai Mekong dari Arey Ksat ke Phnom Penh di Kemboja pada 23 Jun 2023. – AP

    “Kami akan melakukannya sekarang dan tidak boleh menunggu lagi,” kata Hun Manet.

    Ketua pembangkang, Sam Rainsy, mendakwa bahawa projek itu akan memenuhi kepentingan China.

    Laluan air itu adalah sebahagian daripada inisiatif Jalur dan Jalan Beijing yang besar, skim infrastruktur besar-besaran di seluruh Asia, tetapi Hun Manet menegaskan ia hanya akan berkhidmat untuk Kemboja.

    Terusan dengan 100 meter lebar dan 5.4 meter dalam akan menghubungkan Phnom Penh dengan pelabuhan Kemboja di Teluk Thailand.

    Kemboja dan China turut menamatkan latihan ketenteraan tahunan terbesar mereka kelmarin yang membabitkan beberapa kapal perang China dan ratusan anggota tentera China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda