Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kemboja mulakan perbicaraan 37 tokoh pembangkang

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 15 SEPT – Aktivis Kemboja dan bekas ahli parlimen pembangkang yang dituduh cuba membantu calon politik dalam buangan kembali ke tanah air, dibicarakan atas dakwaan pengkhianatan hari ini, dengan beberapa defendan hadir di mahkamah.

    Bekas ketua pembangkang Sam Rainsy dan beberapa lagi ketua tertinggi parti Cambodia National Rescue (CNRP) yang telah dibubarkan, antara mereka yang tidak hadir di mahkamah, sama ada dalam buangan atau bersembunyi kerana menganggap ia adalah penindasan politik. Hanya tiga daripada 37 defendan hadir untuk perbicaraan di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, menurut peguam, Sam Sokong.

    CNRP dibubarkan menjelang pilihan raya umum 2018 oleh sebuah mahkamah yang memutuskan parti pembangkang berkomplot menggulingkan Perdana Menteri Hun Sen, yang pemerintahan autoritariannya menyaksikannya kekal berkuasa selama 37 tahun.

    Mahkamah Kemboja secara meluas dipercayai di bawah pengaruh Hun Sen dan pembubaran parti saingan utamanya membolehkan partinya memperoleh kerusi di dewan perhimpunan dengan mudah.

    Tiga puluh tujuh defendan tersebut didakwa berkonspirasi melakukan pengkhianatan dan boleh dijatuhkan hukuman lima hingga 10 tahun penjara jika sabit kesalahan. – AP

    Banduan dibawa dalam trak penjara tiba di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Kemboja, 15 Sept. Aktivis Kemboja dan bekas ahli parlimen pembangkang adalah antara yang dibicarakan kerana pengkhianatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...